Sejarah Staf Am Angkatan Tentera Rusia

Bangunan lama Staf Am di MoscowBangunan baru Staf Am di Moscow

Di dalam Angkatan Tentera Soviet, Staf Am Angkatan Tentera KRSS [ru] bertindak sebagai badan pemerintahan dan pengawasan utama tentera. Staf Tentera Merah (RKKA) mula-mula dibentuk pada tahun 1921 tetapi, sejarawan John Erickson berkata, sehingga tahun 1924 berkembang menjadi kumpulan yang berat sebelah dalam menangani latihan tempur, hal ehwal harian Tentera Merah, dan dasar pertahanan, semua tanpa definisi sebenar. Erickson memulakan perkembangan Staf sebagai "otak tentera" Soviet dari pelantikan Mikhail Frunze ke jawatan Ketua Staf oleh Perintah No.78 bertarikh 1 April 1924. 'Dari tarikh ini.. sejarah Staf Am Soviet – seperti yang diramal – telah bermula'.[1]

Pada 22 September 1935, pihak berkuasa menamakan semula Staf RKKA sebagai Staf Am, yang pada dasarnya menjelmakan semula Staf Am Empayar Rusia.[2] Ramai bekas-bekas pegawai Staf RKKA telah berkhidmat sebagai pegawai Staf Am dalam Empayar Rusia dan menjadi pegawai Staf Am dalam KRSS. Para pegawai Staf Am lazimnya mempunyai pengalaman tempur yang luas dan latihan akademik yang padu.

William Odom menulis:

'semasa Perang Dunia II [pihak Staf Am] menjadi organ utama Stalin bagi arahan beroperasi semua pasukan tentera. Selepas perang ia menjadi pusat paling berkuasa bagi hampir kesemua aspek perancangan tentera, operasi, dan penentuan keperluan sumber-sumber. Menteri Pertahanan hanya mempunyai staf yang terhad untuk sokongannya sendiri, menyebabkan beliau bergantung sepenuhnya pada Staf Am. … Di dalam Kementerian Pertahanan, semua isu peruntukan sumber biasanya diselesaikan oleh Ketua Turus Am sebelum pergi ke menteri, dan akhirnya, selepas berunding dengan GOSPLAN, ke Politburo.'[3]

Semasa Perang Dingin, Staf Am Soviet mengekalkan rancangan Soviet untuk menceroboh Eropah Barat, yang mana operasi berskala besar ini telah dibocorkan secara rahsia kepada Barat oleh pengintip seperti Ryszard Kukliński dan kemudiannya diterbitkan oleh penyelidik Jerman yang bekerja dengan fail-fail Tentera Rakyat Nasional,[4] dan Parallel History Project[5] dan dokumen berkaitan latihan Poland, Seven Days to the River Rhine (1979).

Sejak pembubaran Kesatuan Soviet dan terutamanya sejak tahun 2004 pihak Staf Am dan Kementerian Pertahanan Rusia telah cuba membahagikan arahan-arahan angkatan tentera sesama mereka, seringkali berlaku perbalahan sengit birokrasi. Di laporkan bahawa tugas utama Staf Am sekarang ialah jabatan perancangan strategik Kementerian Pertahanan Rusia, dan Menteri Pertahanan sendiri kini mendapat kuasa eksekutif ke atas tentera. Namun beberapa pemerhati Rusia membantahnya.[6]